Salam para blogger di luar sana... I'm blogging now..!!!. Ok hari ini aq nak ceritakan lagi salah satu pengalaman aq yang x dapat aq lupakan. So sape2 yang tak tahan geli aq cadangkan sediakanlah baldi kosong kat sebelah dyorang sewaktu membaca blog aq yang indah ini. Ok ceritanya bermula begini.....
Aq ni dulu budak asrama ( x berbangga pon) so biasalah kalo budak2 asrama balik kampong maklumlah kalau dah duduk universiti xde peluang balik selalu... Kalo nak balik kampong biasanya kene turun kat bus-stand dulu lah. So biasalah kalau kat bus-stand tu ada jual wafer, air,dll. So sewaktu aq tengah tunggu bas bobrok yang nak lalu kampong aq tu, aq nampak member aq tengah nangis kat penjuru bus-stand.. Imah namanya... Sowy, segala hal peribadi dy yg lain diprivatekan.. Dah aq kawan dy of courselah aq nak tau what's going on.. Sewaktu aq membawa laju langkahan kaki aq, dengan tak sengajanya aq telah terpijak wafer basi yang lembik, benyek, berair, berbau.UUwwwekk.. Member aq yang nangis tu pon dah tak jadi sambong nangis dah... Korang bayangkanlah dahla aq terpeleset yang hampir nak terbalik macam kapal POISEDON tu and sewaktu aq melakukan stunt menarik tu, aq melakukannya di depan ramai pekerja asing yang sedang duduk di sepanjang laluan aq berjalan tu... Ei memang gelilah aq tengok kasut aq tu.. Aq rasa macam kaki aq tinggi sebelah sewaktu berjalan menuju ke kawan aq..(Aduh skemalah pulak ayat aq). Rupa2nya kawan aq tertinggal beg kat dlm bas yg dy naik tadi so dy tengah tunggulah bas tu pusing2 bandar lagi skali...
Sewaktu Imah tengah cerita kisah sedih dy tu aq tengahlah kuis2 kasut aq buang sisa2 wafer basi tu.. Ei dahlah kasut aq jenis kasut budak tahap 1 (jenama SPAKO ke SPARK waktu tu.. aq lupalah.. yg penting aq
ting. 4). Memang jenis tapak kasut yang tebal gila nak mampos and susah nak merimove benda2 benyek yg t'pijak secara x sengaja..ex.. wafer basi (berikutan kes aq), taik lembu segar, lecak yang becak yang mengannoyingkan dll. So t'paksalah aq menuggu bas Imah ni sampai..kesian aq tengok dy tunggu bas sorang2.
Bile aq dah naik bas, aq ambiklah sit depan coz sit blakang dah penuh ngan budak2 laki yg hobinya memang suka balik lambat and sit depan tu loceng nak turun tu berfungsi sikit berbeza ngan sit blakang yang ape yg boleh aq nampak hanyalah wayar2 merah yang trkeluardari punat loceng tersebut. (Rosak lah tu maknenya.. Nama pon bas bobrok). Aq ambik sit depan selang 2 kerusi blakang driver. Peh memang panas giler la hari tu, (maklumlah tempat aq tu memang pulau haba sikit) so solutionnye kenelah bukak tingkap bas
selebar2nya.. Dah bukak tingkap luas.. tangan aq pon terjulurlah kluar skali.. Sewaktu aq tengah berangan2 tu aq tengok driver tu boleh meludah keluar dr bas.. Aq ingatkan xde effect kat aq, rupa2nye air liur dy boleh sedap2 jerk melanding kat aq punya lengan baju.. Patutlah aq rasa basah2 sikit waktu tengah sedap2 jiwa aq melayang. Eirkh bapak ah!! xnak tension pulak aq waktu tu.. Dah lah kampong aq ujong jalan, rumah aq ujong kampong.. EEEIIIKKH GELINYA AQ!!!! So aq ambik keputusan mudah, sampai je kat kampong aq, aq teros mengetok pintu rumah orang (x kenal pon janji org kampong aq terjah jelah)
"Hehe Makcik nak tumpang singki boleh??? Saya nak basoh baju sayalah sebab kene air liur pemandu bas.."
Begitulah dialog aq bersama makcik tersebot.. Nasib baiklah mak cik tu baik hati giler kasi aq tumpang rumeh dy cuci najis ni (Iyer ke najis???)... Memang menyumpah gilerlah aq kat pak cik bas tu.. Dahlah isap rokok,,, EEii meyampahnya aq ingat balik.
So itulah cite aq... P/S aq sebelom naik bas jangan lupe baca doa pelindungan dpd Allah SWT coz x sume kesusahan sewaktu perjalanan ni dlm bentuk kemalangan ngeri jerk, kadang2 kemalangan kecil yg x melibatkan nyawa pon boleh terjadi...
OK thanks coz spending your time just for reading my blog and my annoying story... Assalamualaikum and gudbye=)
Thursday, 18 August 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
